
Kepada semua warga TFS,
Sekilas pandang sahaja pun kita semua tahu bahawa gambar di atas merupakan gambar papan markah sistem rumah Sekolah Menengah Sains Sabah. Gambar ini diambil pada 22 Julai 2009, dua hari sebelum SMESH diarahkan tutup kerana virus influenza A H1N1 (24 hingga 31 Julai 2009).
Mari kita sama-sama lihat di manakah kedudukan kita? Keseluruhannya, TFS berada di tempat pertama. Namun perbezaan markah dengan TAR yang menduduki tempat kedua adalah terlalu sedikit iaitu sebanyak 150 markah sahaja yang memungkinkan TFS jatuh ke tangga kedua dengan mudahnya jika sesuatu tidak dilakukan dalam tempoh waktu terdekat ini.
Oleh itu, renung-renung dan fikir-fikirkanlah bersama.